Bengkel ‘Thermoluminescent Dosimeter’ (TLD) dan Kawalan Kualiti Pengimejan Diagnostik

16- 18 April 2013 - Bengkel ‘Thermoluminescent Dosimeter’ (TLD) dan Kawalan Kualiti Pengimejan Diagnostik telah disertai oleh 13 orang staf Program Radiografi termasuklah pensyarah, pengajar,  pegawai sains, juru x-ray serta pembantu makmal. Seorang fasilitator, Encik Reduan bin Abdullah iaitu pegawai sains yang berpengalaman dalam pengendalian peralatan TLD dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan telah dijemput bagi memberi latihan secara intensif kepada staf Radiografi.

Bengkel ini meningkatkan kemahiran dan juga memberi pengetahuan dan pendedahan terhadap cara pengendalian peralatan TLD yang betul serta prosedur kawalan kualiti yang sepatutnya diadakan terhadap peralatan mesin X-ray secara berjadual. Selain itu, staf juga telah didedahkan dengan pelbagai prosedur kawalan kualiti pengimejan diagnostik dimana ianya sangat penting bagi memastikan prestasi sistem dan kualiti imej yang dihasilkan oleh mesin X-ray sentiasa berada memenuhi piawaian dan standard yang telah ditetapkan oleh kementerian. Bengkel ini memberi latihan secara intensif kepada kakitangan radiografi terutamanya pegawai sains dan pembantu makmal yang menguruskan peralatan makmal.