Operasi Khidmat Sihat 2013

6 November hingga 9 November 2013 yang lalu, program yang diberi nama ‘OPKIS’ iaitu Operasi Khidmat Masyarakat telah diadakandi Panchur Merah, Setiu. Seramai 59 pelajar terlibat dalam program ini dan pelajar terdiri daripada 3 kursus dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unisza Kampus Kota iaitu pelajar dietetik, pelajar teknologi makmal perubatan dan pelajar fisioterapi.Program ‘Operasi Khidmat Sihat (OPKIS)’ yang julung kali diadakan ini lebih memfokuskan kepada program yang berbentuk kemasyarakatan seperti program khidmat masyarakat khususnya pemeriksaan kesihatan, program anak angkat, program motivasi, sukaneka, gotong-royong dan beberapa pameran daripada badan-badan kerajaan, separa dan bukan kerajaan (NGO). Tercetusnya idea untuk menganjurkan program ini adalah untuk melaksanakan satu program yang mempunyai tujuan serampang dua mata iaitu program khidmat masyarakat dan keluarga angkat.

Sebanyak 30 keluarga angkat yang terdiri daripada masyarakat Kg. Panchur Merah, Kg. Ulu Kekabu dan Kg. Teluk Tasik telah mengambil bahagian dalam program ini.Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 4 hari program OPKIS ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah khidmat komuniti (lukisan mural dan hias taman di SK Panchur Merah), senamrobik perdana dan explorace bersama pelajar dan guru SK Panchur Merah, COMBI explorace denggi dan COMBI 10,000 langkah, talk pemakanan, demo masakan, sukaneka, mega forum perdana dan kenduri bersama penduduk kampung. Pada majlis perasmian pembukaan, Dr. Sharifah Wajihah Wafa bt Syed Tarik Wafa, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (Sains Kesihatan) telah merasmikan majlis tersebut dengan gimik penyerahan anak angkat dari UniSZA kepada Encik Haji Abu Bakar bin Mohd, Pengerusi Jkkk Panchur Merah pada hari pertama program diadakan.

Pada hari kedua program OPKIS berlangsung, senamrobik perdana telah diadakan dan dipimpin oleh pelajar fisioterapi di SK Panchur Merah. Selain itu, program motivasi bersama pelajar turut diadakan dan pada sebelah petangnya pula, program diteruskan lagi dengan aktiviti COMBI explorace denggi dan COMBI 10,000 langkah bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat kepada masyarakat kampung. Ceramah dari Unit Narkotik, PDRM juga turut diadakan pada malam kedua program dijalankan.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti menceriakan kawasan SK Panchur Merah dengan membuat lukisan mural, menghias taman serta mengecat tayar pada hari ketiga program berlangsung. Kemudian, program perdana OPKIS turut diadakan pada sebelah petang di mana sesi ceramah mengenai pemakanan sihat, demo masak serta kaunseling pemakanan turut diadakan oleh pelajar dietetik. Manakala pelajar dari program teknologi makmal perubatan membuat pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat kampung dan aktiviti sukaneka kanak-kanak turut diadakan bagi memeriahkan majlis.Selain itu, ceramah yang bertajuk ‘Hijrah ke Arah Pemantapan Aqidah’ juga diadakan pada malam tersebut.

Pada hari terakhir program OPKIS berlangsung, para peserta bersama penduduk kampung telah bekerjasama untuk mengadakan kenduri dan antara menu menarik yang disediakan adalah gulai daging, acar buah dan ikan kering.Manakala untuk perasmian penutupan pula dirasmikan oleh Haji Mat Sofi bin Deraman, pembantu khas merangkap wakil ADUN Permaisuri. Antara VIP yang hadir pada majlis penutupan ini adalah Prof Madya Dr. Rahmah bt Mohd Amin, penyelaras komuniti perubatan, FPSK UniSZA, Encik Nizam bin Ismail, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Encik Mohd Azim bin Mohd Zin, wakil Pengurus Kawasan FELCRA Berhad dan Encik Haji Abu Bakar bin Mohd, Pengerusi JKKK Panchur Merah.

Antara ucapan daripada wakil ADUN ialah, ‘program ini sangat baik diadakan kerana ia dapat mendekatkan lagihubungan antara pelajar dengan penduduk kampung dan dapat meningkatkan kebolehan komunikasi dalam kalangan pelajar’.Gimik perasmian penutupan untuk program OPKIS telah diadakan dengan upacara pemotongan pulut kuning.Majlis diakhiri dengan jamuan makan hasil daripada gotong-royong kenduri yang telah diadakan oleh penduduk kampung dan pelajar UniSZA