Sesi Foto FPSK

Pada 22 Januari 2014 di Kampus Gong Badak dan 23 Januari 2014 di Kampus Kota, Jawatankuasa Laman Web Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan sesi photografi bagi semua staf (FPSK) yang bertujuan mengemaskini ‘Direktori Staf’ di laman web fakulti secara total.

Turut hadir terdiri daripada Dekan (FPSK), Timbalan Dekan (Akademik & HEPA) Sains Kesihatan, Timbalan Dekan (Akademik & HEPA) Sains Perubatan, ketua-ketua pusat serta penyelaras-penyelaras program.