• Home
  • ABOUT US
  • BACKGROUND
  • News: Archived
  • Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME )

Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME )

Pada 22 mei baru-baru ini satu Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME ) telah diadakan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Blok Hafsah. Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar-X Perubatan adalah merupakan satu langkah pengenalan mengenai kaedah-kaedah yang berkaitan dengan penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan. Ia memerlukan lebih perhatian mengenai prosedur kerja dan amalan keselamatan yang betul.

Oleh itu, ia memerlukan pekerja terlatih dan pelaksanaan yang komprehensif dalam Program Perlindungan Sinaran, sejajar dengan kehendak Akta 304 (Akta Pelesenan Tenaga Atom). Dalam hal ini, keselamatan pesakit, orang ramai dan kakitangan perlu diambil kira selain menyediakan prosedur radiologi yang berkualiti.

Selain mewujudkan kesedaran radiologi, kursus satu hari ini diadakan adalah untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan yang diperlukan dalam perkhidmatan radiologi. Ianya merangkumi skop bagi asas sinaran mengion, prosedur kerja radiologi, amalan keselamatan, teknik radiografi dan program jaminan kualiti. Dengan adanya kursus ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran keselamatan radiologi di tempat kerja yang boleh membawa kepada peningkatan amalan keselamatan dan prestasi perkhidmatan radiologi.

Antara topik yang disampaikan ialah basic information on ionising radiation, biological effects of ionising radiation, principles of radiation protection, quality assurance programme in x-ray facility, radiological safety in x-ray facility dan radiological monitoring and measurement. Topik-topik berkenaan telah disampaikan oleh Dr. Suffian (Fakulti Sains Kesihatan,UniSZA) dan Cik Siti Khadijah (Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM ).