Lawatan Rasmi UniSZA ke Universitas Teuku Umar, Meulaboh, Acheh Barat

Lawatan Rasmi pihak UniSZA ke Universitas Teuku Umar, Meulaboh, Aceh Barat pada 9 Ogos 2017 dan Satu Majlis menandatangani MoA antara kedua pihak telah berlangsung yang disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Naib Canselor UniSZA dan Prof. Dr. Jasman J. Ma'ruf, Rektor Universitas Teuku Umar.

MoA ini adalah di antara Fakulti Sains Kesihatan, UniSZA dan Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Teuku Umar.
YBhg. Naib Canselor UniSZA juga menyampaikan pembentangan keynote di Universitas Teuku Umar pada Seminar Nasional, menghadiri Majlis makan malam bersama Universitas Teuku Umar dan Bupati Aceh Barat serta beramah mesra bersama dengan pelajar-pelajar siswazah Aceh yang belajar di UniSZA.

Dengan Lawatan Rasmi tersebut pihak UniSZA berharap hubungan antara kedua pihak terus berkekalan bagi merancak institusi akademik di masa hadapan.