Kem Motivasi Anak Yatim Darul Falah Dengan Kerjasama Pelajar Tahun 2 Program Diploma Radiografi

Pada 29 & 30 ogos 2017 baru-baru ini, Medical Imaging and Radiography Student Association (MIRSA) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah mengadakan satu kem motivasi Anak Yatim Darul Falah bersama pelajar tahun 2 Program Diploma Radiografi. Program ini telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort. Seramai 90 orang anak yatim telah menyertai program tersebut.

Kem motivasi ini diadakan adalah bertujuan membantu pelajar dari Rumah Anak Yatim Darul Falah menetapkan matlamat untuk masa depan mereka serta meningkatkan semangat mereka untuk berjaya dalam hidup.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah diadakan, antaranya ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Ahmad Termizi Ab Aziz, sesi " ice breaking", Pendedahan cara belajar yang betul, perkongsian matlamat diri serta aktiviti "explorace". Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar tahun 2 Program Diploma Radiografi yang dilantik sebagai fasilitator dan dipantau oleh staf Program Diploma Radiografi. Program ini berjalan dengan lancar selama dua hari.