Sekalung Tahniah kepada Atlet pelajar FSK

Tahniah diucapkn kepada kesemua atlet pelajar FSK yang telah menyertai & berjuang di Sukan Institut Pendidikan Tinggi  (SUKIPT) yang telah diadakan dari 2 Februari hingga 10 Februari 2018 di UKM, Bangi. FSK  telah diwakili oleh 6 pelajar  yang terdiri daripada 4 pelajar Diploma Radiografi, seorang pelajar ISM Pemakanan dan seorang pelajar ISM Dietetik. 

 

Bagi pungutan pingat, UniSZA telah meraih tempat ke-7 dengan pingat terkumpul sebanyak 23 pingat iaitu 9 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 9 pingat Gangsa. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Iman Aishah Bt Norazam (Diploma Radiografi) kerana telah berjaya menjadi Robinhood UniSZA dengan meraih 2 pingat dalam acara memanah iaitu Compound women qualification round - pingat Gangsa dan Compound women team - pingat Perak.

atlet

Atlet3    atlet2 Atlet4