Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME )

Pada 22 mei baru-baru ini satu Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME ) telah diadakan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Blok Hafsah. Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar-X Perubatan adalah merupakan satu langkah pengenalan mengenai kaedah-kaedah yang berkaitan dengan penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan. Ia memerlukan lebih perhatian mengenai prosedur kerja dan amalan keselamatan yang betul.

Continue Reading

Bengkel Semakan dan Pemurniaan Kurikulum Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan Kali Ke-2

Pada 9 dan 10 April 2017, satu bengkel semakan dan pemurniaan kurikulum Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat blok Hafsah. Bengkel tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menyemak balik kurikulum program ijazah sarjana muda pengimejan perubatan yang diguna pakai sekarang dan membuat penambahbaikan pada kurikulum tersebut selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Continue Reading

Majlis Makan Malam Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan

Pada 16 Mac 2017 baru-baru ini, Satu majlis makan malam Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan telah diadakan bersempena meraikan pelajar tahun akhir program diploma radiografi yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Majlis ini diadakan di dewan perdana bermula jam 8.30 malam dan dihadiri oleh staf-staf radiografi dan pelajar-pelajar radiografi yang lain.

Pembentangan Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Radiografi

Pada 21 Mac 2017, satu pembentangan projek tahun akhir telah diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan. Pembentangan ini dilakukan oleh pelajar tahun akhir program diploma radiografi sebagai tugasan terakhir dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka. Pembentangan ini telah dilakukan oleh tiga kumpulan yang mempunyai tajuk berbeza mengenai bidang x-ray dan teknologi x-ray yang terkini.

Continue Reading

PROGRAM HARI INTERAKSI INTERVARSITI PELAJAR PEMAKANAN DAN DIETETIK IPT 2017

Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) telah menganjurkan program Hari Interaksi Intervarsiti Pelajar Pemakanan Dan Dietetik IPT 2017di kampus Gong Badak dari 3 Mac 2017 (Jumaat) hingga 4 Mac 2017 (Sabtu). Antara universiti-universiti yang melibatkan diri dalam program ini merupakan UPM, UKM, USM, UiTM, UiAM dan MSU. Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan persaudaraan dan meningkatkan persefahaman antara pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dari universiti yang berbeza.

Continue Reading

More Articles ...