Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME )
Pada 22 mei baru-baru ini satu Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar X-ray Perubatan ( Pendidikan Professional Berterusan, CME ) telah diadakan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Blok Hafsah. Kursus Kesedaran Keselamatan Radiologikal Dalam Sinar-X Perubatan adalah merupakan satu langkah pengenalan mengenai kaedah-kaedah yang berkaitan dengan penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan. Ia memerlukan lebih perhatian mengenai prosedur kerja dan amalan keselamatan yang betul.