• Home

Sesi Foto FPSK

Pada 22 Januari 2014 di Kampus Gong Badak dan 23 Januari 2014 di Kampus Kota, Jawatankuasa Laman Web Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan sesi photografi bagi semua staf (FPSK) yang bertujuan mengemaskini ‘Direktori Staf’ di laman web fakulti secara total.

Continue Reading

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Fisioterapi 2013

Program Diploma Fisioterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan daripada Panel Penilai MQA pada 17 – 19 Disember 2013. Lawatan telah berjalan dengan lancar. Seramai 3 orang ahli panel yang hadir iaitu Pn Kamariah Kamarudin ( UiTM), Mdm Yew Su Fen ( Hospital Pulau Pinang) dan Cik Fatin Husna (wakil MQA). Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Diploma Fisioterapi dan memastikan semua kreteria yang ditetapkan oleh MQA dipatuhi seterusnya proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama tiga tahun ini boleh mencapai matlamat.

Continue Reading

Operasi Khidmat Sihat 2013

6 November hingga 9 November 2013 yang lalu, program yang diberi nama ‘OPKIS’ iaitu Operasi Khidmat Masyarakat telah diadakandi Panchur Merah, Setiu. Seramai 59 pelajar terlibat dalam program ini dan pelajar terdiri daripada 3 kursus dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unisza Kampus Kota iaitu pelajar dietetik, pelajar teknologi makmal perubatan dan pelajar fisioterapi.Program ‘Operasi Khidmat Sihat (OPKIS)’ yang julung kali diadakan ini lebih memfokuskan kepada program yang berbentuk kemasyarakatan seperti program khidmat masyarakat khususnya pemeriksaan kesihatan, program anak angkat, program motivasi, sukaneka, gotong-royong dan beberapa pameran daripada badan-badan kerajaan, separa dan bukan kerajaan (NGO). Tercetusnya idea untuk menganjurkan program ini adalah untuk melaksanakan satu program yang mempunyai tujuan serampang dua mata iaitu program khidmat masyarakat dan keluarga angkat.

Continue Reading

Program Kitchen Opening Day’

Pada 5 Jun 2013 baru-baru ini, Program Dietetik di bawah Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK)  telah berjaya mengadakan  ‘Program Kitchen Opening Day’. Program ini diadakan bertujuan untuk menyempurnakan upacara  perasmian sempena pembukaan Makmal Penyediaan Makanan & Diet Terapeutik yang baru siap di Kampus Gong Badak, UniSZA. Program ini melibatkan seramai 20 orang staf FPSK, terutamanya staf program Dietetik dan jalinan kerjasama seramai 20 orang pelajar DECSA (Dietetic Students Association).

Continue Reading

LAWATAN AKADEMIK PROGRAM RADIOGRAFI UniSZA KE UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

8 April 2013 -  Program Diploma  Radiografi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan satu lawatan akademik ke Jabatan Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Kulliyah Sains Kesihatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersempena dengan perancangan program untuk menawarkan ijazah sarjana muda didalam bidang pengimejan perubatan tidak lama lagi.

Continue Reading

More Articles ...